Friday 21 September 2018

Travelogpotpet to Bangkok!

Hi semua! Assalamualaikum.

Ini adalah pertama kali sis akan menulis tentang trip sis ke Bangkok. Untuk pengetahuan semua, trip ini bukanlah trip bajet sangat sebab kami pergi sini sekadar ingin melancong dan bersuka ria. Yang paling penting ini merupakan percutian luar negara sis untuk kali kedua selama 23 tahun dilahirkan kedua penuh keindahan ini. Negara  pertama yang sis telah pergi adalah Tanah Arab atas sebab menunaikan umrah pada 5 tahun yang lalu sejurus selepas selesai sekolah menengah..huhu..dan kali ini pula adalah trip selepas graduasi. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakanNya. Sis akan pecahkan bahagian penceritaan dan perkongsian kepada beberapa part okay! 


Thursday 20 September 2018

Good shoes leads you to good places


Sis suka sangat dengan kata-kata ni. Kata-kata ini membawa maksud dimana kasut yang baik akan membawa kita ke tempat-tmpat yang menakjubkan. Banyak perkara yang boleh kita terokai sekiranya kita memilih kasut yangg baik dan selesa dipakai. Berikut merupakan contoh-contoh kasut yang akan membawa kita ke tempat yang mengujakan dan akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita.

1. Kasut Sukan (Sport Shoes)

 


Terdapat banyak jenis kasut sukan yang boleh dipakai. Ada running shoes, walking shoes, soccer shoes, indoor and outdoor game shoes dan banyak lagi. Kesemuanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kegunaan tersendiri dan gaya yang tersendiri. Pemilihan kasut yang betul mampu memberikan satu aura yang baru dan berbentuk artistik dalam diri si pemakai.


Kasut spike dapat memberikan keyakinan kepada si pelari untuk berlari dengan lebih laju. Beliau juga tidak akan risau untuk tergelincir sekiranya trek basah kerana adanya cengkaman yang kuat yang datangnya dari kasut spike tersebut.


Berlainan pula dengan pemain bola, mereka tidak boleh memakai kasut spike. Kenapa? Kerana sekiranya mereka memakaik kasut spike habislah bola yang digunakan perlu selalu ditukar kerana bocor.hehe.. Jadi kasut yang mereka pakai berbentuk seperti kasut spike tetapi tidaklah setajam kasut spike tetapi masih memberikan cengkaman yang kuat supaya mereka dapat berlari dan bermain bola dengan selesa tanpa tergelicir. (lainlah kalau pemain tersebut memang suka menggelincirkan diri beliau..huhu)

2. Kasut tumit tinggi (High Heels)


Kasut tumit tinggi juga terdapat pelbagai jenis.


Lihatlah betapa banyak jenis kasut tumit tinggi. Untuk memilih kasut tumit tinggi yang sesuai, kita perlu mengenali dan mengetahui jenis kaki kita.

Sekiranya kita membuat pilihan yang salah, kita sendiri yang akan rasa betapa seksanya memakai kasut tersebut. Jadi...pilihlah baik-baik ya wahai kaum hawa.


KASUT UNTUK TRAVEL


Untuk travel dengan selesa. Kita perlu membuat pilihan yang tepat. Hal ini kerana kasut yang baik bukan sahaja membawa kita ke tempat yang menarik tetapi juga mampu menentukan mood kita pada hari tersebut dan sepanjang waktu travel tersebut. Bagi mereka yang suka berjalan sewaktu travel, kasut yang disyorkan adalah sneakers ataupun sandals. Kedua-dua jenis kasut ini akan membuatkan anda lebih selesa dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Yayy!!



Namun begitu, sekiranya anda menggemari kasut tumit tinggi. Jangan risau masih ada option untuk kasut tersebut. Antaranya adalah :

1. Memilih untuk berjalan di sekitar hotel sahaja dan perjalanan tidak memakan masa dan tidak meletihkan.
2. Bawa kasut tumit tinggi di daam beg dan keluarkan dan pakai sewaktu ingin mengambil gambar sahaja.

Sebagai penutup kolum ini, sis dengan sukacitanya ingin menyatakan bahawa pemilihan kasut sememangnya mampu mengubah mood anda sewaktu travel kerana ini telah berlaku pada sis dimana disebabkn kasut yang basah akibat terkena hujan, sis kurang sikit mood untuk meneruskan perjalanan akibat kasut yang lembab dn berbau. Jadi, korang semua kalau travel, bawalah kasut lebih ok. Dua pasang pon dah memadai. Kalau malas nak bawak dua, cari ajelah selipar jepun dekat tempat yang korang travel tu ye. Akhirul Kalam Wasalam.

- travelogpotpet - tulistulispotpet -


Travelopotpet Updated

Travelogpotpet to Bangkok!